Press "Enter" to skip to content

Apa Hukumnya Perokok Menjadi Imam Salat dan dan Makmum di Belakangnya ?

Salat berjamaah dilakukan dengan imam dan makmum.  Hadis Rasulullah saw mengatakan bahawa salat berjamaah memberi 27 darjat daripada sembahnyang bersendirian.

Imam adalah orang yang memimpin salat.  sudah seharusnya beliau seorang lelaki Muslim yang cukup syarat seperti baligh, baik ilmu agamanya, baik bacaan Al-Quran dan baik akhlak serta faham akan adab menjadi imam.

Seorang Muslimah boleh menjadi imam salat hanya kepada jemaah Muslimah sahaja.  Seorang suami pula adalah sebaik-baik imam kepada anggota keluarganya.

Namun apakah hukum solat berjemaah itu jika imamnya mengamalkan sesuatu yang dilarang seperti merokok?

Portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah muncul untuk menjawab permasalahan ini.  Umum kita tahu bahwa hukum rokok adalah haram.  Hal ini telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada tahun 1995 bahawa perilaku merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam.

Oleh itu, mari baca apakah jawapan kepada persoalan ini.  Apakah hukum berimamkan perokok?

Pertanyaan:

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukum Menjadi makmum dari seorang perokok?

Apa Hukumnya Perokok Menjadi Imam Salat ?Jawaban:
Waalaikumussalam wbt,

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Kami nyatakan syarat-syarat sebagai seorang imam daripada kitab Fiqh al-Manhaji :

Makmum tidak mengetahui atau meyakini bahwa solat imamnya batal. Contohnya, dua orang berijtihad tentang arah kiblat, dan setiap orang meyakini arah kiblat yang berlainan. Oleh itu tidak harus seseorang daripada mereka menjadi imam kepada yang lain. Ini kerana setiap orang daripada mereka yakin arah rakannya salah dan solatnya ke arah tersebut tidak sah.

Imam bukan seorang ummi (buta huruf) sedangkan makmumnya seorang qari (fasih bacaannya). Yang dimaksudkan dengan ummi ialah seorang yang tidak teliti bacaan fatihahnya sehingga mencacatkan bacaannya seperti tercicir huruf, syaddah dan sebagainya. Walau bagaimanapun jika kedua-duanya sama sahaja bolehlah setiap orang menjadi imam kepada yang lainnya.

iii. Imam bukan seorang perempuan sedangkan makmumnya seorang lelaki. Seorang lelaki tidak boleh berimamkan seorang perempuan. Namun jika kedua-duanya perempuan bolehlah setiap orang menjadi imam kepada yang lain. Hal ini berdasarkan kepada hadith, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَؤُمَّنَّ امْرَأَةٌ رَجُلاً

Maksudnya: “Perempuan jangan menjadi imam kepada seorang lelaki.”

Riwayat Ibn Majah (1134)

Para ulama juga menyusun beberapa sifat-sifat yang digalakkan ada pada imam. Ini berdasarkan daripada Ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِى الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِى السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِى الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِناً

Maksudnya: “Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.”

Apa Hukumnya Perokok Menjadi Imam Salat ?

Riwayat Muslim (613)

Justeru, sifat yang sangat digalakkan bagi seseorang imam antaranya ialah yang lebih alim, lebih fasih, lebih soleh dan lebih tua di kalangan mereka. Apabila sifat-sifat ini terdapat kepada seseorang imam, maka salatlah di belakangnya adalah lebih afdhal dan pahalanya lebih diharapkan.

Manakala antara imam yang dimakruhkan untuk diikuti ialah ahli bidaah dan orang yang fasiq (mereka yang dikenali kerap berbuat maksiat). Namun jika dibandingkan mana yang lebih adhal antara solat sendirian atau berjemaah dengan ahli bidaah atau orang fasiq, maka di sini ada perbedaan pendapat. Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan lebih baik salat sendirian, manakala Imam al-Ramli pula berkata salat Jemaah bersama mereka adalah lebih afdhal. Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadat (ms. 308).

Kami cenderung kepada pendapat bahawa hukum merokok adalah haram, menurut Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan tabiat merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam. Justeru tidak sepatutnya seorang imam solat berjemaah itu adalah seorang perokok sekalipun hukum solat mengikutnya adalah sah. Tetapi kami lebih cenderung untuk menyatakan bahwa janganlah ditinggalkan salat berjemaah di satu-satu tempat hanya kerana imamnya seorang perokok. Sebaiknya bersama-sama membantu mengubah tabiat buruk ini dengan nasihat dan doa sebagai saudara seislam. Wallahua’lam.

Bagaimana ti[s berhenti merokok?

Kami kutip daripada Laman Web Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia panduan dan kaedah untuk mengatasi ketagihan merokok:

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
  • Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

  • Menunda-nunda Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  • Menarik nafas panjang. Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  • Minum air. Terutama air masak. Hindari minuman berkafein
  • Menyibukkan diri. Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  • Menjauhkan diri. Daripada orang yang merokok
  • Menghindari suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  • Mengunyah sesuatu. Seperti permen karet dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  • Mencucui tangan selalu. Mandi dengan sering
  • Meregangkan otot. Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  • Meditasi
  • Memohon doa
  • Berdoa agar dikuatkan niat dan tingkatkan usaha