Anak Perlu Tidur 10-12 Jam Setiap Hari. Ini 6 Akibatnya Bila ANAK Tidak Cukup Tidur

Anak Perlu Tidur 10-12 Jam Setiap Hari. Ini 6 Akibatnya Bila Anak Tidak Cukup Tidur

Menurut sebuah laporan terkini dari Reuters, waktu tidur anak yang minimum adalah 12 jam semasa bayi, 11 jam bagi anak berusia 3-4 tahun, dan 10 jam bagi anak berusia 5-7 tahun. Jika kurang daripada itu, mereka dianggap tidak cukup tidur.

Dalam penelitian tersebut Dr. Elsi Taveras menjelaskan bahawa kekurangan tidur pada bayi dan anak kecil dapat menjadi menyebab berbagai masalah pada kesihatan, emosi, dan perkembangan otak anak-anak.

6 DAMPAK BURUK BILA ANAK TIDAK CUKUP TIDUR

Anak Perlu Tidur 10-12 Jam Setiap Hari. Ini 6 Akibatnya Bila ANAK Tidak Cukup Tidur

Berikut adalah kesan buruk yang boleh berlaku apabila waktu tidur anak tidak dipenuhi secukupnya.

1. KURANG FOKUS

Dalam sebuah jurnal American Pediatrics, dijelaskan bahawa kurangnya tidur boleh menyebabkan masalah kognitif dan perlakuan anak dalam jangka masa panjang. Pada usia 7 tahun, mereka mendapati anak-anak yang tidak mendapat cukup waktu tidur memiliki skor yang lebih rendah dalam hal melibatkan ujian penumpuan dan kemahiran logika.

Rutin tidur yang tidak tetap pada anak-anak juga boleh mengganggu jam biologikal pada anak. Seperti sebuah timekeeper, jam biologikal ini adalah sebuah sistem internal tubuh yang sensitif terhadap waktu bangun dan waktu tidur dalam tempoh 24 jam. Apabila isyaratnya kucar-kacir, ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan serta memberi kesan kepada otak untuk mengingat dan belajar sesuatu yang baru.

2. Susah Mengontrol Emosi

Sebuah kajian jangka masa panjang yang dibiayai oleh National Institute of Health pula melaporkan bahawa kekurangan tidur boleh mendedahkan anak kecil ini kepada masalah untuk mengendalikan emosi dan kemurungan.

Malah, hanya selepas 2 hari mengalami kekurangan tidur dan waktu tidur anak yang tidak tetap, mereka dilihat kurang bersemangat walaupun terhadap perkara yang mereka suka. Bukan itu saja, anak ini juga semakin sukar mengingat memori serta pengalaman dari sudut yang positif.

3. Perkembangan Otak Yang Lambat

Sebuah eksperimen telah dijalankan oleh sekumpulan peneliti di London, di mana mereka meninjau pola tidur dengan kemampuan akademik. Mereka ditanya tentang kecerdasan yang berkaitan tentang huruf dan nomor.

Hasil penelitian menunjukkan anak-anak berusia 3, 5, dan 7 tahun yang kurang tidur mempunyai skor yang lebih rendah berbanding mereka yang mendapat waktu tidur secukupnya.

4. CENDERUNG MENJADI AGRESIF

Selain itu, penelitian menunjukkan bahawa anak-anak biasa cenderung mengalami simptom ini jika waktu tidur anak tidak dipenuhi secukupnya.

Jik anda mempunyai anak hiperaktif atau ADHD, kekurangan tidur mampu menggandakan sikap agresif, moody, dan emosional pada mereka.

5. TIDAK BERSEMANGAT

Candice Alfano, seorang ahli psikologi berpendapat bahwa memenuhi kebutuhan waktu tidur anak yang cukup adalah wajib seperti mana orang tua menjaga nutrisi, kesehatan, dan kebersihan anak mereka.

Sekiranya anak-anak anda bermasalah untuk bangun pagi setiap hari dan asyik kelihatan mengantuk dan tidak bersemangat di siang hari, kemungkinan berawal daripada waktu tidur anak.

6. Resiko Obesitas

Salah satu hasil penelitian Journal of Pediatrics melaporkan bahawa anak kecil yang tidur lewat dari pukul 8 malam mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidap obesiti pada usia remaja.

Di samping itu, tabiat tidur lewat juga mempengaruhi pemilihan makanan yang tidak baik seperti snack tidak berkhasiat pada lewat malam. Hal ini tentunya akan menjadi faktor kegemukan bagi anak-anak mahupun dewasa.

PANTAU WAKTU TIDUR ANAK AGAR KONSISTEN

Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bayi dan anak-anak sebenarnya diprogramkan untuk tidur sebelum jam 9 malam. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, ia akan memberi dampak jangka masa panjang kepada anak-anak tersebut.

Namun, bukan mudah untuk memastikan anak tidur dengan konsisten setiap hari. Oleh itu, kerjasama antara pasangan amat penting dalam membantu mendapatkan waktu tidur anak yang optimum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.